Monday, December 27, 2010



Resipi Kejayaan Untuk Remaja


  1. Larikan diri daripada masalah buat seketika . Bukan untuk lari dari masalah , tetapi ''Melarikan diri'' buat seketika . Adakalanya kita tidak perlu berada di tempat konflik terlalu lama . adakala berada di tengah tengah masalah bole membuatkan kita '' Hilang Punca '' dan '' tidak Keruan '' . Keluar buat seketika bagi menenangkan hati dan melihat sesuatu daripada sesuatu perspektif yang lebih luas tetapi ingat , jangan sesekali lari dari masalahh .
  2. Belajarlahh mengurus masa dan waktuu . Mungkin ada beberapa  perkara yamg kita tidak tahu dalam menguruskan kerja seharian . Adakah kita pandai mengatur prioriti ? Adakah kita pernah mengagihkan tugasan ? Bagaimana hasilnya ? Kita memilih untuk cekap ataupun berkesan ? Kenapa menangguhkan kerja ? Bilakah kita boleh menangguhkan kerja ? Bagaimana komunikasi kerja seharian ? Mungkin ada kelemahan di dalam diri asyik ditimoa stres sahaja .
  3. Kawal kemarahan . Kemarahan daripada syaitan daripada api . Apabila kita gagal mengawal kemarahan , kita pasti sentiasa berada dalam '' Kepanasan '' . Apabila kita sedang berdiri , dududklah dan tenangkan perasaan . Jika masih marah , baringlah dan tarik nafas dalam dalam . Jika masih marah , pergilah berwuduk dan banyaklah beristighfar . Semoga hati menjadi sejuk dan nyaman selepas itu .
  4. Maafkan semua orang . Memberikan maaf memiliki hati yang tulus dan berseri . Kita tidak  mungkin berasa tertekan apabila hati tulus dan berseri . Orang pendendam*terasa* dan pendengki terasa sempit terasa sempit hidup ini kerana hati mereka busuk dan bernanah . Jangan biarkan kita tergolong dalam kelompok ini . Maafkan semua orang nescaya hati akan tenang .
  5. Bercakap benar . kita lebih disukai dan lebih dipercayai pabila sifat ini ada pada diri kita . Cuba latih diri untuk sentiasa bercakap benar dalam apa jua keadaan . Berkata benar sekalipun ia pahit .
  6. Menunaikan janji . Janji adalah kalimah yang mudah dilafazkan , tetapi sering kali manusia sukar melaksanakan*terasa* . Manusia yang mungkir janji dibenci dan tidak dipercayai . Justeru , kotakan apa yang kita katakan . Jangan terlalu mudah berjanji apabila tidak mampu tepati .
  7. Mahirkan bacaan , pelajari tajwid . Quran mesti dibaca mengikut hukum tajwidnya . Justeru , bagi memastikan kita mahir membaca Quran , langkah pertama adalah belajar tajwid . Jangan malu mencari guru , ikuti kelas Quran dan sebagainya . Kita menjadi orang yang paling rugi tidak tahu membaca Quran*beres suda*
  8. Lawan keinginan . Jika sudah ketagih merokok , susah untuk berhenti . Jadi , kekuatan jiwa dan tindakan yang nekad amat diperlukan . Cuba lawan tindakan yang nekad amat diperlukan . Cuba lawan habis-habisan keinginan untuk merokok . Bagi yang belum terlibat , jangan sesekali mencuba dengan mendapatkan pengalaman . Takut sekali terperangkap , susah untuk terlepas .
  9. Cintakan ilmu . Ilmu ibarat pelita yang menyuluh hidup . Tanpa ilmu , hidup sesat . Kita beruntung apabila mempunyai kawan yang cintakan ilmu . Apa yang diketahui dikongsi bersama . Majlis ilmu yang dihadiri di ajak bersama .
*GO BABY GO ! YOU CAN DO ITT . ORANG BOLE BUAD I LAGI LA BOLE :)

No comments:

Post a Comment